PERJANJIAN PENGGUNA

Terma & Syarat

Perjanjian Perkhidmatan & Penggunaan Platform BeONE Maxis

Kemas kini terakhir: 1 Mei 2026

Selamat datang ke beonemaxis.com.my. Sila baca Terma dan Syarat ("Terma") ini dengan teliti.

PENAFIAN PENTING: Laman web ini adalah portal pemasaran bebas yang diuruskan sepenuhnya oleh Rakan Niaga (Ejen), dan BUKAN laman web korporat rasmi beonemobile. Dengan menggunakan platform ini, anda secara automatik bersetuju dan terikat dengan semua Terma di bawah.

1. Penerimaan Perkhidmatan & Penafian Maklumat

Perkhidmatan BeONE Maxis disediakan atas dasar "sebagaimana adanya" ("as is" basis) dan "sebagaimana tersedia" ("as available" basis). Pihak beonemobile Malaysia sentiasa berusaha memastikan liputan dan kelajuan pada tahap optimum melalui infrastruktur rakan strategik kami (Maxis). Walau bagaimanapun, pihak beonemobile tidak memberi jaminan mutlak bahawa perkhidmatan akan bebas sepenuhnya daripada gangguan teknikal, penyelenggaraan, atau masalah liputan di kawasan tertentu (blind spots).

Ketepatan Maklumat Produk: Oleh kerana portal ini diuruskan secara bebas oleh ejen pemasaran, segala maklumat berkaitan pelan data, harga, spesifikasi, dan terma promosi mungkin terdedah kepada kesilapan yang tidak disengajakan (human error). Sekiranya terdapat sebarang percanggahan maklumat, anda wajib merujuk kepada saluran komunikasi rasmi pengurusan, beonemobile.com.my ; HQ BeONE Maxis untuk pengesahan muktamad. Pihak pentadbir beonemaxis.com.my beonemaxis.com.my tidak memikul liabiliti atas sebarang kerugian atau salah faham yang timbul.

2. Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy - FUP)

Bagi melindungi kualiti rangkaian Maxis untuk semua pengguna, pakej internet yang dilabel sebagai "Tanpa Had" atau berkuota besar adalah tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama (FUP):

  • Data tidak dibenarkan digunakan untuk tujuan komersial yang menyalahi undang-undang, seperti penjualan semula jalur lebar (reselling bandwidth).
  • Muat turun protokol BitTorrent (P2P) berskala melampau atau aktiviti menyumbat trafik pelayan secara berniat jahat boleh disekat.
  • Panggilan "Tanpa Had" tertakluk kepada had maksimum 1,000 minit ke semua rangkaian. Selepas had, kadar panggilan biasa akan dikenakan mengikut caj prabayar semasa.
  • Pihak rangkaian (Maxis) berhak menurunkan kelajuan (throttle speed) atau menggantung talian jika pengguna melanggar had FUP tanpa notis awal.

3. Program Rakan Niaga (Sistem Komisen & Rujukan)

Bagi anda yang mendaftar sebagai Ejen atau Rakan Niaga melalui platform ini:

  • Pembayaran Komisen (Tanggungjawab HQ): Laman beonemaxis.com.my bertindak sebagai medium sistem sokongan ejen sahaja dan TIDAK menyimpan dana atau membayar komisen kewangan kepada anda. Segala pengiraan penyata dan pembayaran komisen jualan diuruskan dan dibayar terus ke akaun bank anda oleh pihak beonemobile malaysia HQ BeONE Maxis.
  • Struktur Komisen: Pihak beonemobile malaysia mempunyai kuasa dan hak mutlak untuk mengubah struktur kadar peratusan komisen dari semasa ke semasa mengikut keadaan ekonomi pasaran atau dasar syarikat (dengan notis awal yang munasabah).
  • Penipuan (Fraud): Sebarang bentuk manipulasi sistem, penyalahgunaan identiti, penggunaan bot pendaftaran automatik, atau cubaan memintas sistem akan menyebabkan akaun anda ditamatkan serta-merta tanpa sebarang pembayaran baki komisen.
  • Status Ejen: Ejen BUKAN pekerja, rakan kongsi korporat, atau ejen sah berdaftar (legal representative) syarikat beonemobile malaysia. Ejen adalah pihak pemasaran bebas (independent contractor). Anda dilarang sama sekali membuat sebarang kenyataan, janji kewangan, atau kontrak rasmi bagi pihak syarikat beonemobile malaysia.

4. Pembayaran, Topup & Polisi Bayaran Balik

Semua transaksi pembelian SIMkad dan isian semula (topup) yang telah berjaya dilaksanakan adalah MUKTAMAD. Kami tidak menawarkan sebarang bentuk pemulangan wang (refund) melainkan kesilapan teknikal berpunca dari pihak kami yang menyebabkan pembayaran ditolak (deducted) tetapi servis tidak diterima dalam tempoh 48 jam bekerja.

5. Had Liabiliti (Limitation of Liability)

Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang Malaysia, BeONE Maxis, pengarah, pekerja, dan pembekalnya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian langsung, tidak langsung, kebetulan, khusus, atau kerugian berbangkit (termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian kewangan, kehilangan data, atau peluang perniagaan) yang berpunca daripada:

  • Kelewatan penghantaran SIMkad oleh pihak kurier
  • Kegagalan log masuk atau akses Dashboard ejen
  • Ketiadaan rangkaian Maxis di kawasan anda
  • Gangguan sistem akibat penyelenggaraan terancang

6. Hak Cipta & Harta Intelek

Semua kandungan, logo, grafik, reka bentuk UI, skrip, dan perisian di dalam laman web dan portal ini adalah hak milik mutlak BeONE Maxis. Pengguna dan Ejen dilarang:

  • Mengubah suai atau menjual semula bahan promosi rasmi.
  • Memanipulasi kod (reverse engineer) sistem.
  • Menduplikasi laman web ini untuk tujuan penipuan pelawat (phishing).
  • Menggunakan logo Maxis tanpa kebenaran rasmi pihak Maxis Malaysia.

Anda hanya dibenarkan menggunakan bahan promosi rasmi yang disediakan di ruangan "Bahan Promosi" portal ejen anda sahaja.

7. Pindaan Terma

BeONE Maxis berhak sepenuhnya untuk meminda, menambah, atau membuang mana-mana bahagian Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis fizikal secara langsung. Penggunaan berterusan perkhidmatan kami selepas sebarang pindaan dianggap sebagai persetujuan penuh anda terhadap terma baharu tersebut.

8. Undang-Undang & Bidang Kuasa

Terma ini diuruskan dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian yang timbul akan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan rasmi berkenaan klausa undang-undang ini, sila hubungi bahagian khidmat pelanggan kami.

Hubungi Bahagian Sokongan
BELI SIM DAFTAR EJEN